
KUALA TERENGGANU, 6 April – Seorang pembantu kedai makan dan pasangannya dijatuhi hukuman denda RM3,000 serta tiga sebatan setiap seorang oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan khalwat buat kali kedua, Januari lalu.
- Hakim perintahkan hukuman dilaksanakan di Penjara Marang pada 7 Jun.
- Mahkamah menetapkan hukuman penjara empat bulan jika tertuduh gagal membayar denda.
- Kesalahan didapati berlaku di sebuah rumah di Kerteh, Kemaman.
- Mereka didakwa di bawah Seksyen 31(a) dan 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2021.
Hakim, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof, memerintahkan hukuman tersebut dilaksanakan di Penjara Marang pada 7 Jun depan.
Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara selama empat bulan sekiranya kedua-dua tertuduh gagal menjelaskan denda berkenaan.
Mengikut fakta kes, pasangan itu didapati melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Kerteh, Kemaman.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2021.
Sebelum ini, kedua-duanya pernah ditangkap atas kesalahan sama pada Januari dan Mei tahun lalu.