Gempa bumi sederhana berlaku di Rantau Flores, Indonesia

Facebook: Malaysian Meteorological Department (METMalaysia)

KUALA LUMPUR, 21 September- Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 magnitud berlaku di Rantau Flores, Indonesia pada 9.41 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat gempa pada koordinat 8.3 darjah Selatan dan 120.7 darjah Timur.
  • Kira-kira 223 kilometer timur bandar Bima, Indonesia.
  • Gempa berlaku pada kedalaman 18 km.
  • METMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 8.3 darjah Selatan dan 120.7 darjah Timur, kira-kira 223 kilometer (km) timur Bima, Indonesia.

Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 18 km.

Menurut METMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.