Isu pengunduran tentera AS, NATO bincang langkah lanjut

Foto AFP

BRUSSELS, 2 Mei – NATO memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan Amerika Syarikat bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung keputusan Washington mengurangkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya di Jerman.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketegangan tercetus selepas Presiden AS mengkritik Canselor Jerman berhubung kenyataan mengenai rundingan berkaitan Iran.
  • NATO menekankan keperluan Eropah memperkukuh pelaburan pertahanan dan meningkatkan tanggungjawab keselamatan bersama, selaras sasaran perbelanjaan 5 peratus KDNK.
  • NATO yakin terhadap keupayaan pertahanan sedia ada walaupun berlaku perubahan penempatan tentera.
  • Usaha memperkukuh peranan Eropah dalam pakatan NATO sedang dijalankan.

Langkah itu dibuat susulan ketegangan antara kedua-dua negara selepas Presiden AS, Donald Trump mengkritik Canselor Jerman, Friedrich Merz berhubung kenyataan mengenai Iran dalam rundingan penamatan konflik di Asia Barat.

“Pihaknya sedang meneliti perincian keputusan tersebut bersama AS,” jelas Jurucakap NATO, Allison Hart.

Beliau turut menegaskan langkah itu membuktikan keperluan Eropah memperkukuh pelaburan dalam pertahanan serta meningkatkan tanggungjawab terhadap keselamatan bersama, selaras dengan komitmen perbelanjaan pertahanan 5 peratus daripada KDNK oleh negara anggota.

NATO pada masa sama menyatakan keyakinan terhadap keupayaan pertahanan sedia ada walaupun berlaku perubahan penempatan tentera, sambil menegaskan usaha memperkukuh peranan Eropah dalam pakatan itu sedang berjalan.-AFP