Pasaran saham Asia dibuka bercampur-bercampur susulan langkah Fed kekalkan kadar faedah

FOTO AFP

KUALA LUMPUR, 30 April – Pasaran saham utama Asia didagangkan bercampur-campur susulan Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadar faedah utamanya, didorong kebimbangan yang meningkat terhadap inflasi yang berpanjangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Indeks KOSPI meningkat 48.49 mata kepada 6,739.39.
  • Pasaran Hong Kong, Tokyo dan Shanghai susut selepas Fed umum pengekalan kadar.
  • Indeks Nikkei susut 0.72 peratus kepada 59,484.71 selepas pembukaan Tokyo.
  • Pensyarah Daniel Archibald jangka inflasi berpanjangan 12-18 bulan, hadkan keupayaan Fed menurunkan kadar walaupun tekanan White House.

Di Korea Selatan, Indeks KOSPI meningkat 48.49 mata kepada 6,739.39 mata.

Sebaliknya, pasaran di Hong Kong, Tokyo dan Shanghai susut selepas FED mengumumkan pengekalan itu pada Rabu.

Indeks Nikkei susut 0.72 peratus kepada 59,484.71 selepas pasaran saham dibuka di Tokyo.

Sementara itu, Indeks Hang Seng di Hong Kong jatuh 103 mata, atau 0.39 peratus, pada pembukaan kepada 26,008.32 mata.

Di China, Indeks Komposit Shanghai dibuka rendah 0.21 mata atau 0.01 peratus kepada 4,107.30 mata.

Menurut Pensyarah Kewangan Swinburne University of Technology, Daniel Archibald, langkah terbaharu oleh Fed itu bukan sesuatu yang mengejutkan.

“Saya menjangkakan tempoh inflasi yang berpanjangan dalam 12 hingga 18 bulan akan datang susulan perang AS-Iran, yang akan mengehadkan keupayaan Fed untuk menurunkan kadar faedah walaupun berdepan tekanan daripada White House,” katanya.