Pelaksanaan subsidi diesel bersasar sedang diteliti

Mekanisme pelaksanaan subsidi diesel yang lebih bersasar termasuk di Sabah dan Sarawak sedang diteliti. /BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 April – Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti mekanisme pelaksanaan subsidi diesel yang lebih bersasar termasuk di Sabah dan Sarawak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendekatan bersasar seperti inisiatif BUDI MADANI dibincangkan untuk menyasarkan bantuan kepada pengguna diesel tertentu.
  • Pelaksanaan masih di peringkat penelitian dan belum dimuktamadkan oleh kerajaan.
  • MTEN serta kerajaan memantau dengan serius harga minyak global, bekalan minyak mentah dan produk petroleum seperti RON95 dan diesel.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata antara pendekatan yang dibincangkan adalah kaedah seperti inisiatif BUDI MADANI yang lebih bersasar kepada kumpulan tertentu.

Menurut beliau, perkara itu masih di peringkat penelitian dan masih belum dimuktamadkan.

“Pada waktu ini belum dibincangkan mengenai harga bagi Sabah dan Sarawak… apa yang sedang dibincangkan adalah mekanisme yang mungkin lebih bersasar seperti BUDI MADANI, tetapi untuk mereka yang menggunakan diesel.”katanya,

Tambahnya, kerajaan ketika ini memberi tumpuan kepada penyusunan semula mekanisme subsidi supaya lebih berkesan dan tidak membebankan rakyat secara keseluruhan.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) turut memberi perhatian serius terhadap perkembangan harga minyak global, termasuk bekalan minyak mentah serta produk petroleum seperti RON95 dan diesel.

Menurutnya, kerajaan sentiasa memantau situasi semasa susulan ketidaktentuan pasaran minyak dunia yang turut dipengaruhi perkembangan politik.

“MTEN sangat prihatin mengenai isu harga global sama ada minyak mentah, crude oil ataupun produk seperti RON96 dan juga Diesel.”katanya lagi.