
KANGAR, 25 April – Sebanyak 65 pek darah berjaya dikumpul setakat Sabtu pada April menerusi Program Mai Derma Darah di Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Tuanku Fauziah di sini.
- Sebanyak 222 pek darah dikumpul sejak Januari hingga April, menurut Penyelaras Program.
- Program Mai Derma Darah dianjurkan setiap bulan, meningkatkan penderma dan memperkukuh bekalan darah untuk pesakit.
- Inisiatif digerakkan UMNO Bahagian Kangar bersama Pergerakan Puteri UMNO, Persatuan Sukarelawan Kasih Kangar dan Jabatan Perubatan Transfusi.
Program berkenaan terus menyasarkan peningkatan dalam kalangan penderma darah setiap bulan, sekali gus memperkukuh bekalan darah bagi memenuhi keperluan pesakit.
Menurut Penyelaras Program, Siti Zulaikha Muhamad Zulkefli, pelaksanaan program setiap bulan secara berkala bermula Januari lalu sehingga kini berjaya mengumpul sebanyak 222 pek darah.
“Peningkatan penderma darah dalam kalangan masyarakat terus meningkat setiap kali program dianjurkan.
“Pada Januari sebanyak 57 pek darah berjaya direkodkan, manakala pada Februari berjaya mengumpul 41 pek.
“Seterusnya pada Mac, kita berjaya mengumpul sebanyak 59 pek dan April antara yang terrtinggi iaitu 65 pek darah,” kata Siti Zulaikha.
Program kebajikan itu akan diteruskan dari masa ke masa sekali gus memupuk kerjasama dan kesedaran masyarakat bagi membantu mereka yang
memerlukan ketika kecemasan khususnya memenuhi keperluan di Hospital Tuanku Fauziah.
Inisiatif berkenaan digerakkan UMNO Bahagian Kangar dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kangar, Persatuan Sukarelawan Kasih Kangar serta Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Tuanku Fauziah.