40 warga asing ditahan, 32 motosikal disita

Foto Facebook Bahagian Siasata dan Penguatkuasaan Trafik IPD Batu Pahat

BATU PAHAT, 25 April – Seramai 40 warga asing ditahan dan 32 motosikal disita dalam Operasi Khas Motosikal (warga asing) di Kilometer Enam Jalan Kluang dan Taman Megah, Batu Pahat, Johor, pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sebanyak 38 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas, termasuk menunggang tanpa lesen memandu sah.
  • Pemilik kenderaan serta majikan diminta lebih bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang berkaitan penggunaan kenderaan di jalan raya.
  • Operasi diketuai seorang pegawai bersama empat anggota dan akan terus dipergiat dari semasa ke semasa.
  • Orang awam diseru menyalurkan maklumat bagi membantu polis membanteras sebarang pelanggaran undang-undang.

Polis Daerah Batu Pahat menerusi kenyataan turut memaklumkan bahawa sebanyak 38 saman turut dikeluarkan, atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk tidak memiliki lesen memandu sah.

“Saman telah dikeluarkan serta-merta kepada penunggang terlibat. Majikan atau pemilik kenderaan yang sah akan dipanggil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik untuk tindakan lanjut.

“Pemilik kenderaan serta majikan yang menggaji warga asing perlu lebih bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang, khususnya berkaitan penggunaan kenderaan di jalan raya,” menurut kenyataan itu.

Operasi yang diketuai seorang pegawai bersama empat anggota itu akan terus dipergiat dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

Dalam pada itu orang awam juga diseru untuk terus menyalurkan maklumat bagi membantu pihak polis membanteras sebarang pelanggaran undang-undang.