Malaysia, Brunei perkukuh hubungan berteraskan amanah, kepercayaan depani cabaran global

Foto: Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 24 April- Malaysia dan Brunei beriltizam untuk memperkukuh hubungan dua hala berteraskan amanah, saling percaya dan kesepakatan dalam mendepani cabaran serantau serta global.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri menghadap Sultan Hassanal Bolkiah di ibu negara malam tadi.
  • Pertemuan berlangsung dalam suasana penuh hormat dan menzahirkan iltizam bersama.
  • Hubungan dilihat bukan sekadar diplomasi tetapi ikatan persaudaraan berakar sejarah, diperkukuh kejujuran dan tekad bersama.
  • Anwar berharap jalinan hubungan terus mekar demi masa depan yang lebih aman, stabil dan makmur.

Perkara itu antara yang dibincangkan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di ibu negara malam tadi.

“Dalam suasana penuh hormat, kami menzahirkan iltizam bersama untuk memperkukuh hubungan istimewa Malaysia dan Brunei berteraskan amanah, saling percaya dan kesepakatan dalam mendepani cabaran serantau serta global.

“Hubungan ini bukan sekadar diplomasi tetapi ikatan persaudaraan yang berakar dalam sejarah dan diperkukuh oleh kejujuran serta tekad bersama untuk menjamin kesejahteraan
rakyat kedua-dua negara,” katanya di Facebook.

Pada masa sama, Datuk Seri Anwar berharap jalinan hubungan baik itu terus mekar dan dipelihara demi masa depan yang lebih aman, stabil serta makmur.