Amaran ribut petir di empat negeri hingga 5 pagi

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 25 April- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Pahang dan Sarawak sehingga pukul 5.00 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perak: Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar terlibat.
  • Kelantan: Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang terlibat.
  • Pahang: Tanah Tinggi Cameron termasuk dalam amaran.
  • Sarawak: Samarahan disenaraikan sebagai kawasan terlibat.

METMalaysia memaklumkan di Perak, kawasan terlibat ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar, manakala di Kelantan melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Amaran sama turut melibatkan Tanah Tinggi Cameron di Pahang serta Samarahan di Sarawak.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.