
KUALA LUMPUR, 25 April- Penganjuran T-Fight memberi bayangan untuk membawa bintang Muay Thai dunia, Rodtang Jitmuangnon pada edisi akan datang.
- T-Fight mempertimbangkan membawa bintang Muay Thai Rodtang untuk edisi akan datang, cadangan masih di peringkat awal.
- Pengasas Shamsueffendi kata pengumuman hanya selepas beberapa urusan termasuk kontrak diselesaikan.
- Edisi T-Fight All Star 2026 mendapat sambutan menggalakkan dengan jualan tiket dan meja habis terjual.
- Kehadiran legenda Buakaw Banchamek menjadi tarikan utama kepada peminat acara.
Pengasas T-Fight, Shamsueffendi Mohammad berkata cadangan itu masih di peringkat awal dan akan diumumkan sebaik beberapa urusan termasuk kontrak diselesaikan.
“Rodtang dalam radar kita, tetapi kita tidak boleh komen banyak. Kita tunggu kontrak selesai dulu, selepas itu baru kita boleh umumkan. Bukan sahaja Rodtang, tetapi kita sentiasa mencari yang terbaik untuk peminat Muay Thai di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas berakhirnya T-Fight All Star 2026 di Stadium Titiwangsa di sini yang mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat.
Menurutnya, edisi kali ini mencatat kejayaan apabila jualan tiket dan meja habis terjual, selain kehadiran legenda Muay Thai, Buakaw Banchamek turut menjadi tarikan utama acara berkenaan.