Arab Saudi, Lubnan desak serangan Israel dihentikan sepenuhnya

Sebuah rumah musnah akibat serangan tentera Israel di kampung Beit Lif, selatan Lubnan/Foto AFP

ISTANBUL, 24 April – Pegawai kanan Arab Saudi dan Lubnan pada Khamis mendesak serangan Israel terhadap Lubnan dihentikan sepenuhnya, menurut Kementerian Luar Arab Saudi, lapor Anadolu Ajansi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbualan telefon antara Putera Faisal dan Speaker Nabih Berri membincangkan perkembangan Lubnan dan langkah diplomatik terkini.
  • Putera Faisal mengesahkan sokongan Arab Saudi terhadap kestabilan Lubnan serta usaha memperkukuh institusi negara itu.
  • Berri memuji peranan kerajaan Arab Saudi serta usaha berterusan negara itu menyokong dan memelihara keselamatan Lubnan dan rantau.
  • Berri menegaskan komitmen Lubnan terhadap Perjanjian Taif 1989 dan menolak sebarang tindakan yang mengancam Arab Saudi.

Menerusi perbualan telefon, Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan dan Speaker Parlimen Lubnan Nabih Berri membincangkan perkembangan di Lubnan serta usaha berterusan untuk menghentikan serangan Israel, menurut kementerian itu.

Putera Faisal mengesahkan semula sokongan Arab Saudi terhadap kestabilan Lubnan dan usaha memperkukuh institusi negara itu.

Berri pula memuji peranan kerajaan Arab Saudi serta usaha berterusan negara itu dalam menyokong dan memelihara keselamatan Lubnan serta rantau berkenaan.

Beliau turut menegaskan komitmen Lubnan terhadap Perjanjian Taif 1989 dan menolak sebarang tindakan yang mengancam Arab Saudi, menurut kenyataan itu.

Panggilan itu dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis berkata Israel dan Lubnan bersetuju melanjutkan gencatan senjata selama tiga minggu susulan rundingan terbaharu antara kedua-dua pihak.-BERNAMA