Pemimpin Iran laung perpaduan, tolak perpecahan politik

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian / REUTERS

TEHRAN, 24 April – Pemimpin Iran menyeru rakyat negara itu supaya bersatu dan tidak berpecah ketika ketegangan di rantau Asia Barat terus memuncak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Presiden Pezeshkian: tiada perbezaan antara kumpulan politik; semua perlu bersatu di bawah kepimpinan Mojtaba Khamenei.
  • Perpaduan antara kerajaan dan rakyat penting untuk menghadapi sebarang ancaman luar.
  • Menteri Luar Abbas Araqchi: semua agensi negara bergerak sehaluan dalam ketenteraan dan diplomasi.
  • Speaker Parlimen Qalibaf menegaskan Iran akan bertindak bersama sebagai satu pasukan menghadapi tekanan luar.

Presiden Masoud Pezeshkian menegaskan tiada lagi perbezaan antara kumpulan politik dalam negara, sebaliknya semua rakyat perlu bersatu di bawah kepimpinan Mojtaba Khamenei.

Beliau berkata perpaduan antara kerajaan dan rakyat penting bagi menghadapi sebarang ancaman luar.

Menteri Luar, Abbas Araqchi pula menyatakan semua agensi negara kini bergerak sehaluan, sama ada dari segi ketenteraan mahupun diplomasi.

Sementara itu, Speaker Parlimen, Mohammad Baqer Qalibaf menegaskan Iran akan bertindak bersama sebagai satu pasukan dalam menghadapi tekanan pihak luar.

Kenyataan itu mencerminkan usaha kepimpinan Iran untuk menunjukkan negara kekal stabil dan bersatu walaupun berdepan konflik serantau.-REUTERS