
SARIKEI, 24 April – Sebanyak 5,030 liter diesel bernilai kira-kira RM10,814 dipercayai disimpan tanpa kebenaran sah dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Sungai Medor, Bintangor, di sini semalam.
- Pelbagai peralatan termasuk lori, IBC 1,000 liter, jerikin dan pam elektrik turut dirampas.
- Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM16,044 menurut Pengarah KPDN Sarawak.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana pemilikan barang kawalan mencurigakan.
Turut dirampas, sebuah lori, beberapa bekas pukal perantaraan (IBC) berkapasiti 1,000 liter, jerikin plastik, pam elektrik serta peralatan pemindahan minyak.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM16,044.
Menurut beliau, serbuan dijalankan hasil maklumat daripada Pasukan Gerakan Am PGA Sibu menerusi Ops Tiris 4.0.
Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan mencurigakan.