Pitahati kembali dengan ‘Inchek Karma’

Inchek Karma’ oleh Pitahati

KUALA LUMPUR, 23 April- Kumpulan alternatif tempatan, Pitahati kembali menghangatkan industri muzik dengan single terbaharu berjudul ‘Inchek Karma’ yang dilancarkan hari ini di bawah label Luncai Emas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lagu ini kesinambungan karya terdahulu namun tampil lebih tajam dan reflektif terhadap realiti semasa.
  • Tema karma menegaskan setiap perbuatan ada balasan, mengkritik mereka yang bertindak sesuka hati tanpa empati.
  • Penggunaan bunyi ayam berkokok simbolik kepada permulaan dan petanda pembalasan yang bakal tiba.
  • Video muzik rasmi melengkapkan naratif visual, mengingatkan masyarakat supaya lebih peka terhadap akibat tindakan.

Lagu berkenaan merupakan kesinambungan daripada karya terdahulu mereka, ‘Ana Yang Punya (1 Ringgit 2 Ringgit)’ namun tampil dengan pendekatan lebih tajam dan reflektif terhadap realiti semasa.

‘Inchek Karma’ mengangkat tema karma dengan menyentuh sikap manusia yang bertindak sesuka hati tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain, dengan mesej bahawa setiap perbuatan pasti mempunyai balasan.

Walaupun tidak merujuk kepada mana-mana individu tertentu, karya tersebut dilihat relevan dengan pelbagai isu semasa, termasuk sindiran terhadap golongan tertentu yang bertindak tanpa empati atau kesedaran sosial.

Seiring pelancaran digital, Pitahati turut memperkenalkan video muzik ‘Inchek Karma’ pada hari sama.