
SEREMBAN, 19 April – Kira-kira 1,000 pengunjung mengahdiri Majlis Tautan Aidilfitri Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng 2026 yang berlangsung di Masjid Al-Munawarrah Panchor Jaya malam tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Majlis dianggap medium memupuk semangat perpaduan masyarakat dan mengimarahkan institusi masjid sebagai pusat ibadah dan kegiatan masyarakat.
- Majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta barisan pimpinan negeri dan ketua jabatan.
- Timbalan Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada JPKK dan peserta terpilih untuk menunaikan ibadah haji.
Majlis berkenaan dilihat sebagai medium dalam usaha memupuk semangat perpaduan masyarakat sekali gus mengimarahkan institusi masjid sebagai tempat ibadah dan pusat kegiatan masyarakat.
Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, barisan pimpinan kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan peserta yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji.