Remaja hilang ketika cari kepah ditemukan lemas di Pantai Balok

FOTO JBPM

KUANTAN, 18 April – Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang ketika mencari kepah di Pantai Balok, di sini, kelmarin, ditemukan lemas pada 2.15 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ditemui kira-kira 400 meter dari muka kuala.
  • Mayat ditemui terapung dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
  • Mangsa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar dipercayai lemas semasa mencari kepah bersama enam rakannya.
  • Operasi mencari dan menyelamat digerakkan sejurus laporan kehilangan diterima.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa, Luqman Kamil Jamaluddin, ditemui pada jarak kira-kira 400 meter dari muka kuala.

Menurut beliau, mangsa ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam keadaan terapung sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar itu dipercayai lemas ketika menjalankan aktiviti mencari kepah bersama enam rakannya dalam kejadian petang semalam.

Operasi SAR kemudian digerakkan sejurus laporan kehilangan diterima.