250 peserta sertai program keibubapaan FCoEE, fokus pembangunan holistik anak asnaf

Foto FCoEE

KANGAR, 18 April -Program Keibubapaan “Anak Kita Masa Depan Kita: Jangan Biarkan Mereka Tercicir” memberi penekanan kepada pembangunan insan secara holistik, khususnya dalam kalangan anak-anak asnaf, golongan kurang berkemampuan serta mereka yang memerlukan sokongan tambahan.

RINGKASAN BERITA AI
  • 250 peserta terdiri daripada ibu bapa dan pelajar keluarga asnaf menyertai program.
  • Program menyeru setiap kanak-kanak diberi peluang belajar, bimbingan dan pembangunan potensi mereka.
  • Tumpuan bukan sahaja pada akademik tetapi juga sahsiah, motivasi, kesejahteraan emosi, kepimpinan dan pengukuhan institusi keluarga.

Pengerusi Eksekutif Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE), Profesor Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin berkata, seramai 250 peserta yang terdiri daripada ibu bapa dan pelajar dalam kalangan keluarga asnaf menyertai program itu.

Menurut beliau, penganjuran program tersebut membawa mesej amat bermakna, apabila menekankan bahawa setiap anak berhak mendapat peluang untuk belajar, dibimbing, dihargai serta dibangunkan potensi mereka secara menyeluruh.

“Masyarakat seharusnya sedar bahawa realiti kehidupan hari ini penuh dengan cabaran dimana adanya keluarga yang berdepan tekanan ekonomi, kekangan masa, masalah sosial, konflik rumah tangga, serta pelbagai bentuk tekanan yang memberi kesan langsung kepada pembesaran anak-anak.

” Bagi keluarga asnaf dan komuniti yang memerlukan, cabaran ini tentunya lebih berat, namun kesukaran bukan alasan untuk kita berputus asa.”

” Sebaliknya, cabaran itu hendaklah menjadi pemangkin untuk kita bangkit, saling membantu dan memperkukuhkan jaringan sokongan demi masa depan anak-anak,” katanya pada Majlis
Perasmian Program Keibubapaan ”Anak Kita Masa Depan Kita:Jangan Biarkan Mereka Tercicir” di Muzium Kota Kayang.

Program tersebut bukan sahaja memberi tumpuan kepada kecemerlangan akademik, malah turut menitikberatkan aspek pembangunan sahsiah, motivasi diri, kesejahteraan emosi, nilai kepimpinan serta pengukuhan institusi keluarga.