Biduanita Negara ucap syukur, tiada kecederaan serius

Tangkap layar video menerusi perkongsian Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR, 16 April – “Alhamdulillah tiada kecederaan serius,” demikian luah Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi hantaran Instagram miliknya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keadaan stabil namun kaki bengkak, bimbang koyakan ligamen.
  • Telah jalani X-ray, kaki dibalut; perlu berehat dan berharap cepat sembuh.
  • Kemalangan melibatkan empat kereta semasa pulang selepas persembahan di Sepang, menurut pengurus Rozi.

Beliau turut memaklumkan bahawa keadaanya stabil namun mengalami bengkak pada bahagian kaki.

“Terima kasih atas doa semua. Saya akui agak terkejut dengan apa yang berlaku, namun alhamdulillah tiada kecederaan serius.

“Cuma kaki saya bengkak dan bimbang jika ada koyakan pada ligamen. Saya sudah menjalani pemeriksaan X-ray dan kaki pun telah dibalut. Sekarang saya perlu berehat dan berharap agar cepat sembuh,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Sebelum itu Pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak memaklumkan bahawa kemalangan itu berlaku ketika penyanyi itu dalam perjalanan pulang selepas selesai mengadakan persembahan dalam sebuah majlis di Sepang.

“Empat kereta terlibat termasuk kereta yang dinaiki Siti dan kereta dinaiki saya, manakala seorang lagi rakan berada beberapa kenderaan di belakang,” menurut perkongsian itu.