Sejarah dipelihara berasaskan fakta, penyelidikan sahih

Foto PMO

KUALA LUMPUR, 29 Oktober – Sejarah negara perlu dipelihara berasaskan fakta dan penyelidikan sahih bagi memastikan jati diri nasional, nilai budaya serta semangat kebangsaan kekal terpelihara seiring dengan perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI).

RINGKASAN BERITA AI
  • Majlis Sejarawan Negara menjadi tonggak pemeliharaan warisan sejarah dan sumber rujukan utama negara.
  • Sejarah bukan sekadar dihafal; ia perlu dihayati untuk membentuk jati diri dan mengukuhkan semangat kebangsaan.
  • Penyampaian sejarah mesti lebih segar dan dekat dengan generasi muda bagi membina masa depan berteraskan jati diri nasional.

Perkara tersebut dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebook selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sejarawan Negara (MSN) Bilangan 2 tahun 2026.

Menurut beliau, Majlis Sejarawan Negara (MSN) memainkan peranan penting sebagai tonggak pemeliharaan warisan sejarah dan sumber rujukan utama negara.

Tegasnya sejarah bukan sekadar untuk dihafal, sebaliknya perlu dihayati sebagai asas pembentukan jati diri, pengukuhan semangat kebangsaan dan penyemaian rasa cinta akan negara.

Dalam mendepani perkembangan teknologi juga, penghayatan sejarah turut disifatkan penting agar nilai, budaya dan identiti bangsa tidak terhakis.

Sehubungan itu Datuk Seri Anwar menekankan keperluan menyampaikan sejarah melalui pendekatan yang lebih segar dan dekat dengan generasi muda bagi membina masa depan negara yang berteraskan jati diri nasional.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.