Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas kereta api di Sepanyol

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 29 Oktober – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden pelanggaran kereta api berkelajuan tinggi yang berlaku berhampiran Urda, Toledo di Sepanyol pada 28 Oktober.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian Luar merakam ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan dan rakyat Sepanyol susulan insiden kereta api berkelajuan tinggi.
  • Kerajaan Malaysia menghargai bantuan dan kerjasama pihak berkaitan di Sepanyol kepada Kedutaan Malaysia di Madrid.
  • Sepanyol mengisytiharkan tempoh berkabung tiga hari selepas nahas tren yang mengorbankan 68 orang dan mencederakan puluhan.

Kementerian Luar menerusi kenyataan turut merakam ucapan takziah dan simpati daripada Kerajaan dan rakyat Malaysia kepada Kerajaan Sepanyol susulan kejadian yang telah mengakibatkan kecederan dan kehilangan nyawa.

“Kementerian turut merakamkan penghargaan Kerajaan Malaysia kepada pihak berkaitan di Sepanyol atas bantuan dan kerjasama yang diberikan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Madrid dalam usaha mengesahkan sama ada terdapat rakyat Malaysia yang terjejas akibat insiden tersebut,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Sepanyol turut mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari bermula Khamis susulan nahas tren berkelajuan tinggi yang mengorbankan 68 orang dan mencederakan puluhan yang lain.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.