Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media bersama rakan sejawatannya dari Australia, Anthony Albanese di Putrajaya

PUTRAJAYA, 16 April – Perbincangan lebih terperinci akan diadakan bagi memacu kerjasama dalam bidang tenaga antara Malaysia dengan Australia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri mengesahkan pertemuan dengan kepimpinan Petronas untuk meneruskan rundingan mengenai kerjasama tenaga.
  • Kerjasama akan menilai keperluan domestik Malaysia dan Australia untuk saling membantu secara pantas berdasarkan keutamaan bersama.
  • Isu dan bidang yang diperlukan kedua negara akan diberi perhatian dalam rundingan lanjut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai rakan kerjasama yang erat, Malaysia dan Australia berkongsi hubungan dua hala yang kukuh dan akan terus memberi keutamaan kepada perbincangan pada peringkat operasi.

“Kami juga telah bertemu dengan kepimpinan Petronas dan kami akan terus mengadakan perbincangan yang lebih terperinci.

“Saya fikir apa yang perlu kita lakukan ialah, sudah tentu, melihat terlebih dahulu keperluan domestik kita, serta keperluan domestik Australia dan menilai bagaimana kita boleh saling membantu secara pantas dan berasaskan keutamaan bersama.

“Isu dan bidang yang kita perlukan daripada Australia, serta perkara-perkara yang mereka perlukan daripada kita, akan turut diberi perhatian,” katanya.

Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam sidang media bersama rakan sejawatannya dari Australia, Anthony Albanese di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.