Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 14 April -Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mudah tunai sistem konvensional meningkat kepada RM40.35 bilion daripada RM40.23 bilion.
  • Mudah tunai dana Islam susut kepada RM26.16 bilion daripada RM26.77 bilion.
  • BNM menawarkan dua tender repo berbalik pada 4 petang, konvensional RM40.40 bilion dan murabahah RM26.20 bilion, satu hari.
  • Kadar Semalaman Islam Malaysia MYOR-i ditetapkan pada 2.75 peratus setakat 13 April 2026.

Mudah tunai sistem konvensional meningkat kepada RM40.35 bilion berbanding RM40.23 bilion pada pagi, manakala mudah tunai dana Islam susut kepada RM26.16 bilion daripada RM26.77 bilion.

Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik.

Pada 4 petang, BNK menawarkan tender pasaran wang konvensional RM40.40 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM26.20 bilion, kedua-duanya bagi wang satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 13 April 2026. – BERNAMA