Ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 6 petang

Ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 6 petang

KUALA LUMPUR, 11 April – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 6 petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kedah: Kulim dan Bandar Baharu terjejas.
  • Perak: Larut, Matang dan Selama; Kuala Kangsar; Kinta; Kampar; Batang Padang terlibat.
  • Cameron Highlands, Pahang dan Kuching, Sarawak turut dilanda.
  • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau, Tambunan); Pantai Barat (Ranau); Tawau; Sandakan (Tongod); Kudat (Kota Marudu).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah melibatkan Kulim dan Bandar Baharu manakala Perak di Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar serta Batang Padang.

Amaran sama turut melibatkan Cameron Highland, Pahang dan Kuching, Sarawak.

Di Sabah, kawasan terjejas ialah Pedalaman melibatkan Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan; Pantai Barat (Ranau); Tawau; Sandakan (Tongod) serta Kudat (Kota Marudu).
– BERNAMA