NBA: Hawks sahkan slot playoff

Pemain Atlanta Hawks, Nickeil Alexander-Walker (kanan) cuba melepasi pemain Cleveland Cavaliers pada aksi yang berlangsung di State Farm Arena, Atlanta./foto AFP

LOS ANGELES, 11 April – Atlanta Hawks berjaya mengesahkan slot ke saingan playoff NBA selepas mencatatkan kemenangan bergaya 124-102 menewaskan Cleveland Cavaliers.

RINGKASAN BERITA AI
  • CJ McCollum muncul wira pasukan dengan 29 mata tertinggi.
  • Nickeil Alexander-Walker dan Jalen Johnson masing-masing sumbang 18 mata; Dyson Daniels catat triple-double 13 mata, 10 lantunan, 12 umpanan gol.
  • Kemenangan penting bantu Hawks mengekalkan tangga keenam dan elak risiko tersingkir.

Bintang Hawks, CJ McCollum, muncul wira pasukan dengan jaringan 29 mata tertinggi dalam perlawanan tersebut.

Kemenangan itu sangat penting buat Hawks bagi mengekalkan kedudukan di tangga keenam, sekali gus mengelakkan risiko tersingkir.

Kecemerlangan Hawks turut dibantu oleh Nickeil Alexander-Walker dan Jalen Johnson yang masing-masing menyumbang 18 mata, selain rekod triple-double daripada Dyson Daniels menerusi 13 mata, 10 lantunan (rebounds), dan 12 umpanan gol (assists).

Cleveland, yang sudah pun selesa di kedudukan keempat memilih untuk merehatkan pemain bintang mereka, Donovan Mitchell dan Jarrett Allen. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.