
PETALING JAYA, 10 April – Beberapa kategori baharu diperkenalkan bagi Anugerah Kecemerlangan Digital PIKOM (PDEA) 2026, edisi ketiga bersempena ulang tahun ke-40 Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM).
- Kategori merangkumi keselamatan siber, infrastruktur awan dan data, serta transformasi digital merentas sektor.
- PIKOM menegaskan anugerah kini lebih inklusif dan berpandangan ke hadapan dalam menilai inovasi yang memberi impak kepada industri.
- Terdapat 20 Kategori Korporat dan 4 Kategori Individu; pemenang dipilih oleh panel juri profesional secara telus berasaskan merit.
- Pencalonan dibuka sehingga 12 Julai, pemenang diumumkan pada majlis gala 10 September; kriteria tersedia di laman web PIKOM.
Ia merangkumi keselamatan siber, infrastruktur awan dan data, serta transformasi digital merentas sektor.
Pengerusi PIKOM, Alex Liew berkata, anugerah tersebut kini lebih inklusif dan berpandangan ke hadapan dalam menilai inovasi yang memberi impak kepada industri.
Keseluruhannya 20 Kategori Korporat dan 4 Kategori Individu dibuka untuk pencalonan dengan pemenang akan dipilih oleh panel juri profesional melalui proses penilaian yang telus dan berasaskan merit.
Dalam usaha memperluas penyertaan, PIKOM turut menganjurkan jelajah ke Pulau Pinang, Johor, Kota Kinabalu dan Kuching.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam majlis pelancaran anugerah itu di sini, hari ini.
Pencalonan kini dibuka sehingga 12 Julai, manakala pemenang akan diumumkan dalam majlis gala pada 10 September.
Kriteria, serta garis panduan pencalonan boleh didapati di laman web https://pikom.org.my/pdea.