
BRUSSELS, 7 April – Juara berbasikal Olimpik, Remco Evenepoel, disahkan tidak akan menyertai perlumbaan klasik Paris-Roubaix hujung minggu ini, sebaliknya memberi tumpuan kepada saingan Liege-Bastogne-Liege penghujung bulan ini.
- Pasukan berkata Remco akan terus fokus kepada saingan Ardennes seperti dirancang.
- Keutamaan kini diberikan kepada Liege-Bastogne-Liege pada 27 April; penyertaan Paris-Roubaix mungkin dipertimbangkan pada masa depan.
- Evenepoel juara Liege pada 2022 dan 2023; beliau akui Paris-Roubaix bukan dalam jadual tetapi masih terbuka kemungkinan.
Pelumba Belgium itu sebelum ini memberi bayangan kemungkinan beraksi di Paris-Roubaix selepas menamatkan perlumbaan Tour Of Flanders di tempat ketiga, namun pasukannya menegaskan beliau kekal dengan perancangan asal.
“Remco akan terus fokus kepada saingan Ardennes seperti dirancang,” menurut jurucakap pasukan kepada saluran televisyen Belgium, Sporza.
Tambah kenyataan itu, penyertaan dalam Paris-Roubaix mungkin dipertimbangkan pada masa depan, namun buat masa ini keutamaan diberikan kepada Liege-Bastogne-Liege yang bakal berlangsung pada 27 April.
Evenepoel pernah menjuarai perlumbaan berkenaan pada edisi 2022 dan 2023.
Sebelum ini, pelumba berusia 26 tahun itu mengakui Paris-Roubaix tidak berada dalam jadualnya, namun tidak menolak kemungkinan untuk menyertainya.
“Saya masih membuka ruang, tetapi nampaknya keputusan sudah dibuat pihak lain,” katanya.-AFP