SKDS meningkat tiga kali ganda pada Mac

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali/Foto BERNAMA

KOTA BHARU, 5 April – Pelaksanaan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) meningkat tiga kali ganda pada Mac lalu iaitu RM2.2 bilion berbanding RM700 juta sebelum ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Harga diesel dunia meningkat mendadak: AS$93 (26 Feb) ke AS$293 (31 Mac), lonjakan kira-kira 158 peratus.
  • Kerajaan menetapkan subsidi RM1.88 seliter untuk pengangkutan awam darat dan RM2.15 untuk pengangkutan barangan darat.
  • Sehingga 30 Mac, 150,755 syarikat dan 368,911 kenderaan diluluskan di bawah Skim Kawalan Diesel Bersubsidi nasional.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, peningkatan harga diesel di pasaran global memberi implikasi lonjakan tinggi terhadap peruntukan berkenaan.

“Sebagai contoh, pada 26 Feb. lepas, harga diesel dunia ialah AS$93 setong berbanding AS$293 setong pada 31 Mac dengan lonjakan harga mencecah 158 peratus.

“Mengikut unjuran berdasarkan trend kenaikan harga diesel semasa, jumlah keperluan peruntukan subsidi diesel bagi pelaksanaan SKDS berjumlah RM2.2 bilion sebulan berbanding RM3.45 bilion setahun yang dibelanjakan pada 2025”, katanya.

Terdahulu beliau merasmikan Taklimat Penguatkuasaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 Kepada Pemborong Barangan Kawalan dan Pengusaha Stesen Minyak Kelantan, di sini.

Armizan memaklumkan, bagi memastikan kestabilan kos operasi, kadar subsidi ditetapkan pada RM1.88 seliter untuk pengangkutan awam darat dan RM2.15 bagi pengangkutan darat barangan.

Sehingga 30 Mac lalu, sebanyak 150,755 syarikat dan entiti telah diluluskan di bawah SKDS melibatkan 368,911 kenderaan seluruh negara.