
WASHINGTON, 15 Jun – Amerika Syarikat (AS) dan Iran bersetuju memeterai Perjanjian Damai untuk menamatkan konflik di Asia Barat.
- Majlis pemeteraian dijadualkan Jumaat, 19 Jun di Switzerland menurut Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif.
- Presiden Trump memaklumkan melalui platform Truth Social dan mengarahkan pembukaan semula Selat Hormuz.
- Trump mengisytiharkan penamatan sekatan laut yang dikenakan oleh Tentera Laut AS.
- Perjanjian dicapai ketika serangan Israel ke atas Lubnan yang menerima kritikan hebat daripada Trump dan Tehran.
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif pula memaklumkan majlis pemeteraian bakal berlangsung Jumaat ini (19 Jun) di Switzerland.
Sementara itu, Presiden Donald Trump ketika memaklumkan perkembangan terbaharu itu menerusi muat naik hantaran di platform Truth Social telah mengarahkan pembukaan semula Selat Hormuz, sekaligus menamatkan sekatan laut Tentera AS.
“Selat Hormuz akan dibuka ‘tanpa tol’ dan sekatan laut oleh Tentera Laut AS akan ditamatkan,”katanya.
Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai perjanjian itu tidak diketahui.
Perjanjian dicapai di tengah-tengah serangan Israel ke atas Lubnan yang mendapat kritikan hebat Trump dan Tehran.-REUTERS