
TEHRAN, 31 Mac -Iran memberi amaran bahawa mereka akan menyasarkan syarikat teknologi utama Amerika Syarikat seperti Apple, Google dan Meta sekiranya lebih ramai pemimpin Iran terbunuh, yang didakwa sebagai pembunuhan terancang.
RINGKASAN BERITA AI
- IRGC mengarahkan syarikat bersedia menghadapi serangan balas bagi setiap pembunuhan, bermula pukul 8.00 malam waktu Tehran.
- Kenyataan rasmi menyenaraikan 18 syarikat yang didakwa terlibat dalam pembunuhan terancang pegawai-pegawai Iran.
- Pasukan menasihatkan para pekerja supaya segera meninggalkan tempat kerja demi keselamatan mereka.
- Amaran itu menuntut kesiapsiagaan institusi berkenaan untuk kemungkinan tindakan balas yang terancang.
Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) memaklumkan bahawa syarikat-syarikat terbabit perlu bersedia menghadapi serangan balas terhadap setiap pembunuhan yang berlaku di Iran, bermula pukul 8.00 malam waktu Tehran.
Kenyataan itu turut menyenaraikan 18 syarikat yang didakwa terlibat dalam pembunuhan terancang pegawai-pegawai Iran.
“Kami menasihatkan para pekerja institusi ini supaya segera meninggalkan tempat kerja mereka demi keselamatan,” menurut kenyataan tersebut. – AFP