
- KPDN mengumumkan menerusi hantaran Facebook bahawa langkah dilaksanakan di semua stesen sebagai penguatkuasaan subsidi bersasar.
- Transaksi kad kredit dan debit asing dibenarkan tetapi hanya di kaunter pembayaran stesen minyak.
- Langkah bertujuan memastikan subsidi RON95 dimanfaatkan oleh golongan layak dan mengelakkan ketirisan serta penyelewengan.
- Pelaksanaan dibuat secara berperingkat di seluruh negara bermula 1 April 2026.
KUALA LUMPUR, 31 Mac – Penggunaan kad kredit dan debit asing di pam minyak RON95 disekat secara berperingkat di seluruh negara bermula esok (Selasa) ini bagi membendung penyalahgunaan serta penyelewengan subsidi bahan api.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam hantaran Facebook memaklumkan, langkah itu dilaksanakan di semua stesen minyak sebagai sebahagian usaha penguatkuasaan subsidi bersasar.
“Transaksi menggunakan kad kredit dan debit asing bagaimanapun masih dibenarkan, namun hanya boleh dilakukan di kaunter pembayaran stesen minyak.
“Pelaksanaan ini bertujuan memastikan subsidi RON95 dimanfaatkan oleh golongan yang layak serta mengelakkan ketirisan,” menurut kenyataan itu pada Selasa.
KPDN memaklumkan pelaksanaan dilakukan secara berperingkat di seluruh negara bermula 1 April 2026.