
KUALA LUMPUR, 30 Mac – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
RINGKASAN BERITA AI
- Hantaran Facebook rasmi memaklumkan sesi menghadap dan perbincangan terkini.
- Sesi menghadap berlangsung di Istana Bukit Tunku.
- Perbincangan menumpukan perkembangan pentadbiran dan isu-isu semasa.
Menerusi hantaran Facebook rasmi Sultan Ibrahim, sesi menghadap yang berlangsung di Istana Bukit Tunku, di sini, hari ini turut mengadakan perbincangan mengenai perkembangan terkini.
“Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta membincangkan isu-isu semasa,” menurut hantaran itu.