Gempa bumi kuat landa Laut Banda, Indonesia

METMalaysia

KUALA LUMPUR, 29 Mac- Gempa bumi kuat berukuran 6.0 magnitud melanda Laut Banda, Indonesia pada 2.38 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat gempa pada koordinat 7.9 darjah selatan, 127.8 darjah timur, kedalaman 173 kilometer.
  • Berjarak 467 kilometer selatan Ambon, Indonesia.
  • METMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 7.9 darjah selatan dan 127.8 darjah timur, dengan kedalaman 173 kilometer (km).

Gempa bumi itu berada pada jarak 467 km selatan dari Ambon, Indonesia.

MetMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi itu.