Salah tinggalkan Liverpool

Mohamed Salah akan meninggalkan Liverpool akhir musim ini. /Foto AFP

LONDON 25 Mac – Pemain kebangsaan Mesir, Mohamed Salah akan meninggalkan pasukan juara Liga Perdana, Liverpool pada akhir musim ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bersama Liverpool sejak 2017, membuat 435 penampilan.
  • Menjaringkan 255 gol, kedudukan ketiga dalam carta penjaring terbanyak Liverpool.
  • Memenangi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris sebanyak empat kali.

Pengumuman itu dibuat menerusi media sosialnya.

Salah menyertai The Reds pada 2017 dan membuat 435 penampilan.

Sepanjang tempoh itu, dia menjaringkan 255 gol dan meletakkan dirinya di tempat ketiga dalam carta penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Liverpool.

Salah juga telah memenangi anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak empat kali.

Ejen Salah, Ramy Abbas Issa, cuba meredakan spekulasi tentang masa depan pelanggannya, yang kini menjadi ejen bebas pada akhir musim, dengan catatan X yang berbunyi: “Kami tidak tahu di mana Mohamed akan bermain musim depan. Ini juga bermakna tiada orang lain yang tahu.” katanya

Sementara itu, pemain pertahanan Liverpool, Andy Robertson, yang menandatangani kontrak dengan kelab itu dalam jendela perpindahan yang sama dengan Salah pada 2017, memberi penghormatan kepada rakan sepasukannya. -AFP