Lima rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pulau Ketam

Lima buah rumah di Kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis musnah dalam kebakaran/ JBPM Perlis

KUALA PERLIS, 17 Mac – Lima buah rumah di Kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panggilan kebakaran diterima kira-kira 12.50 tengah hari.
  • Lima jentera dari Kangar dan Kuala Perlis bersama bomba sukarela serta tangki air dan dua kenderaan utiliti dikerah.
  • Operasi dipimpin Timbalan Penguasa Bomba II Zaharul Amin Ahmad bersama 33 anggota.
  • Kebakaran dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 3.00 petang; tiada mangsa, penghuni sempat menyelamatkan diri.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Penguasa Bomba Nurul Najwa Ahmad Nizam berkata, panggilan mengenai kebakaran berkenaan diterima kira-kira 12.50 tengah hari.

Lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kangar serta Kuala Perlis dibantu Pasukan Bomba Sukarela Kuala Perlis, Simpang Empat dan Kodiang berserta sebuah kenderaan tangki air dan dua buah kenderaan utiliti bergegas ke lokasi kebakaran.

Operasi pemadaman diketuai Timbalan Penguasa Bomba II Zaharul Amin Ahmad bersama 33 anggota. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 3.00 petang tadi.

Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran yang berlaku berikutan penghuni kediaman menyelamatkan diri sebaik sahaja menyedari kebakaran berlaku.