Indian Wells: Aryna Sabalenka mara ke suku akhir

Aryna Sabalenka dijadual menentang lawan dari Kanada, Victoria Mboko pada aksi suku akhir Terbuka Indian Wells./AFP

CALIFORNIA, 11 Mac – Aryna Sabalenka mara ke suku akhir Terbuka Indian Wells selepas menewaskan juara 2018 dan pilihan ke-16 dari Jepun, Naomi Osaka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sabalenka menamatkan perlawanan dalam 80 minit dengan keputusan 6-2, 6-4.
  • Sabalenka akan berdepan Victoria Mboko dari Kanada pada perlawanan suku akhir.
  • Mboko ialah pilihan kesepuluh kejohanan.
  • Mboko mara selepas menewaskan Amanda Anisimova 6-4, 6-1; suku akhir dijadual 13 Mac.

Pemain nombor satu dunia dari Belarus itu hanya memerlukan 80 minit untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan 6-2, 6-4 pada kejohanan yang berlangsung di California.

Pada aksi suku akhir, Sabalenka dijadual menentang lawan dari Kanada, Victoria Mboko yang merupakan pilihan ke-10 kejohanan.

Pemain dari Kanada itu melangkah ke suku akhir selepas menewaskan pilihan keenam, Amanda Anisimova dari Amerika Syarikat dengan keputusan 6-4, 6-1.

Saingan suku akhir kejohanan dijadual berlangsung pada 13 Mac ini. – REUTERS