Akaun WhatsApp disekat, digodam: Meta dijangka beri maklum balas petang ini

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil / Foto Berita RTM

KUALA LUMPUR 28 September – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dijangka menerima maklum balas daripada pihak Meta pada petang ini, berhubung aduan membabitkan akaun WhatsApp disekat dan digodam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Meta meminta masa untuk meneliti aspek teknikal berkaitan isu sebelum memberikan maklum balas.
  • Orang ramai boleh membuat aduan bagi akaun Telegram dan Instagram melalui portal aduan MCMC untuk pengaktifan semula.
  • Menteri Fahmi Fadzil menyatakan perkara itu selepas berucap pada majlis pelancaran BeONE Mobile hari ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Meta meminta sedikit masa untuk meneliti aspek teknikal berkaitan isu berkenaan sebelum memberikan maklum balas.

“Terdapat aduan yang telah disalurkan kepada pihak MCMC berkaitan akses akaun WhatsApp yang disekat dan digodam. MCMC memaklumkan, pihak Meta berjanji akan memberi respons pada 3 petang ini.

“Meta meminta sedikit masa untuk meneliti aspek-aspek teknikal dalam isu berkenaan,” katanya.

Selain akaun WhatsApp, beliau berkata orang ramai turut boleh membuat aduan sama sekiranya melibatkan akaun lain seperti Telegram dan Instagram
menerusi portal aduan MCMC untuk tujuan pengaktifan semula akaun.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan dalam majlis pelancaran BeONE Mobile di sini hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.