MAIWP santuni 180 pesakit Hospital Labuan, agih bantuan tunai

Foto FB MAIWP

LABUAN, 9 Mac– Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terus memperkasakan agenda kebajikan menerusi penyaluran bantuan kepada pesakit dan Hospital Labuan bagi tahun 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Cek RM50,000 diserahkan untuk Tabung Kebajikan hospital bagi membiayai kos perubatan segera.
  • Bantuan tunai RM27,000 diagihkan kepada 180 pesakit yang sedang menjalani rawatan wad.
  • Timbalan Menteri Marhamah Rosli ziarah wad, menyampaikan RM150 per pesakit dan cenderahati; acara disertai CEO MAIWP.

Sumbangan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli dalam satu majlis yang diadakan di Hospital Labuan, hari ini.

Menurut Marhamah, bantuan itu merupakan cerminan tanggungjawab para pembayar zakat serta tanda keprihatinan berterusan MAIWP dalam membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat di pulau berkenaan.

Penyerahan cek cura Bantuan Tabung Kebajikan Hospital Labuan bernilai RM50,000 diterima Pengarah Hospital Labuan, Dr. Adnan Musa Balidran bagi membiayai kos perubatan segera warga Labuan yang memerlukan.

Selain itu, MAIWP turut menyerahkan bantuan tunai berjumlah RM27,000 kepada 180 pesakit yang sedang menjalani rawatan di wad hospital berkenaan.

Program diakhiri dengan lawatan ziarah ke wad wanita, kanak-kanak, serta pusat rawatan hemodialisis.

Dalam sesi ziarah berkenaan, beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi berupa tunai berjumlah RM150 serta cenderahati kepada setiap pesakit.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya.