Ziarah Kasih Ramadan dekati komuniti

Foto RTM

KANGAR, 1 Mac -Program Ziarah Kasih terus dilaksanakan bagi menyantuni keluarga kurang berkemampuan di lima kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Kayang, Kuala Perlis, Sena, Indera Kayangan dan Bintong sempena Ramadan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program Ziarah Kasih membantu keluarga kurang berkemampuan di beberapa kawasan DUN sempena Ramadan.
  • Tiada sasaran jumlah, bantuan diberikan berdasarkan maklumat penyelaras dan JPKKP untuk tindakan segera.
  • Inisiatif UMNO Bahagian Kangar dan cawangan meringankan beban serta memberi sokongan moral kepada keluarga.
  • Usaha murni diharap menginspirasi kepimpinan komuniti menyemai kasih sayang dan prihatin sepanjang Ramadan.

Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, tiada sasaran khusus jumlah keluarga yang akan disantuni bagi setiap kawasan DUN, sebaliknya maklumat diperolehi menerusi penyelaras dan JPKKP membolehkan tindakan segera dilaksanakan bagi membantu mereka yang memerlukan.

” Inisiatif ini sebagai keprihatinan pengurusan UMNO Bahagian Kangar dan pemimpin peringkat cawangan bagi meringakan beban keluarga serta sokongan moral kepada setiap keluarga atas ujian dihadapi,” katanya kepada pemberita ketika menziarahi empat keluarga sekitar Kampung Bangsal Lebah dan Kampung Binjal, Utan Aji di DUN Kayang bersama JPKKP dan Penyelaras DUN Kayang dengan sumbangan barangan keperluan harian dan saguhati.

Usaha murni yang digerakkan tersebut diharap menjadi inspirasi kepada semua kepimpinan peringkat komuniti untuk terus menyemai nilai kasih sayang, prihatin dan membantu sesama insan, khususnya dalam bulan penuh barakah.