
KUALA LUMPUR, 12 September- Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Serian, Sarawak menurun kepada 236 setakat 1.00 tengah hari ini berbanding 260 pada 8.00 pagi, namun masih berada pada tahap sangat tidak sihat.
- Enam kawasan di Sarawak direkodkan pada tahap tidak sihat: Sri Aman, Samarahan, Kuching, Bintulu, Sarikei dan Sibu.
- 48 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan pada tahap sederhana, merangkumi pelbagai negeri termasuk Sarawak, Johor, Sabah, Selangor dan Perak.
- Kategori IPU: 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat; rujuk laman JAS atau aplikasi MyJAS EQMS untuk maklumat terkini.
Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), enam kawasan lain di Sarawak merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat iaitu Sri Aman (199), Samarahan (185), Kuching (182), Bintulu (141), Sarikei (131) dan Sibu (114).
Sementara itu, 48 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan pada tahap sederhana.
Di Sarawak, Mukah mencatat bacaan 96, Samalaju (95), Miri (94), ILP Miri (77), Kapit (77) dan Limbang (75).
Di Johor, kawasan yang merekodkan bacaan sederhana ialah Larkin (91), Kota Tinggi (78), Segamat (77), Batu Pahat (76), Tangkak (76), Pengerang (75) dan Kluang (73).
Di Sabah pula, Kimanis mencatat 79, Kota Kinabalu (76), Politeknik Kota Kinabalu (75), Sandakan (64), Keningau (63) dan Tawau (60), manakala Labuan mencatat 81.
Negeri Sembilan merekodkan bacaan sederhana di Seremban (76), Nilai (66) dan Port Dickson (54), manakala Melaka meliputi Bukit Rambai (73), Bandaraya Melaka (68) dan Alor Gajah (65).
Di Selangor, bacaan sederhana direkodkan di Johan Setia (73), Kuala Selangor (68), Banting (59), Shah Alam (58), Petaling Jaya (57) dan Klang (56).
Pahang pula merekodkan bacaan di Rompin (70), Balok Baru Kuantan (69), Indera Mahkota Kuantan (66), Jerantut (59) dan Temerloh (53).
Sementara itu, kawasan di Terengganu yang mencatat bacaan sederhana ialah Kemaman (64), Paka (61) dan Kuala Terengganu (54), manakala Perak merekodkan Tasek Ipoh (62), Seri Manjung (57), Pegoh Ipoh (54), Tanjung Malim (53) dan Taiping (52).
Di Kuala Lumpur, Cheras mencatat 72 dan Batu Muda (57), manakala Putrajaya merekodkan 62.
Bacaan IPU antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat dan 201 hingga 300 sangat tidak sihat.
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.
Bagi mendapatkan maklumat berkaitan IPU terkini, layari laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) di pautan https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau muat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyJAS EQMS.