
KLUANG, 1 Mac -Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor menyasarkan untuk memeriksa 200 premis menerusi Pemeriksaan Keselamatan Kebakaran Task Force Menghapuskan Bahaya Kebakaran (MBK), bermula 19 Februari hingga 6 April depan.
RINGKASAN BERITA AI
- JBPM Johor sasar periksa 200 premis melalui operasi MBK bermula 19 Februari hingga 6 April.
- Tumpuan pemeriksaan pada stor penyimpanan barang, laluan kecemasan dan peralatan keselamatan kebakaran.
- Pemeriksaan juga merangkumi premis rumah penginapan untuk memastikan pematuhan keselamatan.
- Sehingga kini 31 premis diperiksa; empat dikenakan notis MBK kerana gagal mematuhi keperluan.
Pengarahnya, Siti Rohani Nadir berkata, tumpuan pemeriksaan adalah terhadap tempat penyimpanan barang, laluan keluar keselamatan serta peralatan keselamatan kebakaran.
“JBPM turut menjalankan pemeriksaan di premis rumah penginapan,” katanya menerusi satu kenyataan.
Setakat ini sebanyak 31 premis telah diperiksa, melibatkan premis tumpuan seperti pasar raya dan kedai, dengan empat daripadanya dikenakan notis MBK selepas didapati gagal mematuhi keperluan keselamatan kebakaran.