
NEW YORK, 12 September – Tragedi serangan 11 September 2001 (9/11) dikenang menerusi pertunjukan lebih 2,000 dron di ruang udara New York, sempena ulang tahun ke-25 peristiwa berkenaan.
- Setiap cahaya mewakili 2,977 nyawa yang terkorban.
- Inisiatif disusun bersama waris mangsa, mereka yang terselamat dan pasukan penyelamat untuk mengenang mangsa.
- Terry Strada menyatakan setiap cahaya melambangkan nyawa yang diragut dan ingatan akan sentiasa dikenang.
- Serangan 11 September melibatkan empat pesawat dirampas: dua menyerang WTC, satu ke Pentagon, satu terhempas di Pennsylvania.
Setiap dron yang membentuk menara berkembar itu mewakili 2,977 nyawa yang terkorban.
Inisiatif itu dijayakan hasil kerjasama waris mangsa, mereka yang selamat, dan pasukan penyelamat bagi mengenang mereka yang terkorban di New York, Pentagon, serta Shanksville, Pennsylvania.
Terry Strada, yang kehilangan suaminya Tom Strada dalam insiden itu berkata, setiap cahaya itu mewakili nyawa yang diragut, namun ingatan terhadap mereka akan sentiasa dikenang.
Sementara itu, bekas polis New York, Jim Smith yang kehilangan isterinya Moira Smith, menyeru masyarakat agar kekal bersatu dan sentiasa mengenang pengorbanan para mangsa.
“Saya bukan sahaja kehilangan isteri, tetapi juga rakan sekerja. Kita warga New York dan perlu sentiasa bersatu,” katanya.
Serangan 9/11 menyaksikan empat pesawat komersial dirampas oleh sekumpulan individu yang tidak dikenali ketika itu.
Dua pesawat merempuh Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, sebuah lagi menghentam bangunan Pentagon di Washington, manakala sebuah pesawat terhempas di Pennsylvania selepas penumpang cuba mengambil alih kawalan pesawat tersebut. -VIORY