Ben Shelton melangkah ke pentas akhir Terbuka AS

Ben Shelton / Foto AFP

NEW YORK, 12 September – Pemain tenis Amerika Syarikat (AS) Ben Shelton melangkah ke pentas akhir Terbuka AS selepas menewaskan rakan senegaranya, Frances Tiafoe 4-6, 6-3, 6-3, 7-5 pada aksi separuh akhir pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemenangan meletakkan Shelton di ambang menamatkan kemarau 23 tahun AS untuk gelaran Grand Slam perseorangan lelaki.
  • Beliau dijadual berdepan Alexander Zverev dalam perlawanan penentu kejuaraan.
  • Perlawanan dimulakan dengan penghormatan sempena ulang tahun ke-25 peristiwa 11 September.
  • Shelton bangkit selepas tewas set pertama, mendominasi lalu menggunakan servis kencang dan pertahanan mantap untuk mengunci kemenangan.

Kemenangan itu meletakkan Shelton di ambang menamatkan kemarau 23 tahun AS untuk merangkul gelaran ‘Grand Slam’ perseorangan lelaki, apabila dijadual berdepan Alexander Zverev pada perlawanan penentu kejuaraan.

Perlawanan yang dimulakan dengan acara penghormatan sempena ulang tahun ke-25 peristiwa 11 September itu menyaksikan Tiafoe terlebih dahulu memenangi set pertama selepas Shelton melakukan kesilapan ‘double fault’.

Namun Shelton bangkit mendominasi permainan untuk menyamakan kedudukan sebelum mendahului perlawanan menerusi set ketiga.

Berbekalkan servis kencang serta pertahanan mantap pada set keempat, pemain pilihan kelapan itu mengunci kemenangan, sekali gus mengesahkan penampilannya pada pentas akhir ‘Grand Slam’ buat julung kali. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.