
MUAR, 27 Februari – Sebanyak 292 kotak mercun bernilai RM584,000 dirampas dalam serbuan ke atas sebuah premis di Bandar Maharani, Muar, Johor pada Rabu lalu.
RINGKASAN BERITA AI
- Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan semasa serbuan ke atas premis simpanan mercun di Muar.
- Pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai permit dan lesen penyimpanan bahan letupan yang sah.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, ACP Noor Azman Jamal berkata, seorang lelaki berusia 33 tahun turut ditahan dalam serbuan berkenaan.
Pemeriksaan lanjut mendapati suspek gagal mengemukakan permit dan lesen penyimpanan bahan letupan yang sah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.