SC tambah lima entiti tidak sah, dua entiti berisiko klon

Foto BERNAMA

 

RINGKASAN BERITA AI
  • SC mengemas kini Senarai Peringatan Pelabur dengan memasukkan lima entiti tidak sah.
  • Entiti berisiko klon 'Matrade Malaysia' disyaki menyamar sebagai organisasi sah.
  • CMC Trading/CMC Markets dipercayai menjalankan skim pelaburan haram menawarkan pulangan tinggi segera.
  • Pelabur digesa membuat penilaian teliti dan rujuk laman rasmi SC untuk maklumat lanjut.

KUALA LUMPUR, 17 Februari – Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia mengemas kini Senarai Peringatan Pelaburnya dengan memasukkan lima entiti tidak sah dan satu entiti berisiko klon.

SC menerusi hantaran di laman X memaklumkan, lima entiti itu ialah My Quant One, Kato Prime, Zenstox, Aifia, Mariet Jake Sophie & Dale Singleton.

Pengawal selia itu turut menggesa pelabur supaya berhati-hati terhadap kemungkinan entiti berisiko klon yang menyamar sebagai entiti yang sah.

“Satu entiti berpotensi klon yang dipanggil ‘Matrade Malaysia’ mungkin menyamar sebagai organisasi atau individu yang sah,” menurut hantaran itu.

“Manakala, CMC Trading/CMC Markets dipercayai mengendalikan skim pelaburan haram yang menawarkan pulangan tinggi dan segera dengan pelaburan serendah RM300.”

SC juga menggesa pelabur untuk membuat penilaian teliti sebelum melabur dan mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang rasmi SC di www.sc.com.my/investor-alert-list.