Pilihan raya Thailand: Anutin harap kepercayaan pengundi

FOTO AFP

BURIRAM, 8 Februari – Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, berharap pengundi akan memberi kepercayaan kepada partinya selepas membuang undi pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anutin berharap pengundi memberi kepercayaan kepada partinya selepas pilihan raya.
  • Bhumjaithai menduduki tempat kedua dalam tinjauan tetapi dijangka kekal menerajui kerajaan melalui gabungan.
  • PRU menyaksikan persaingan sengit antara blok konservatif, progresif dan populis.

Anutin berkata beliau dan partinya telah membuat yang terbaik.

“Kami telah melakukan sebaik mungkin, tetapi tidak boleh memaksa hati rakyat. Harap-harap mereka (rakyat) akan mempercayai kami,” katanya kepada wartawan di sini.

Parti Bhumjaithai yang diterajui Anutin menduduki tempat kedua dalam tinjauan pendapat sebelum pilihan raya, namun beliau dijangka kekal menerajui kerajaan melalui perjanjian gabungan parti.

Pengundi Thailand mula membuang undi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang menyaksikan persaingan sengit antara tiga blok utama politik negara iaitu konservatif, progresif dan populis, hari ini.- AFP