MARA salur sumbangan sempena Konvoi Gemilang 60 Tahun

Foto RTM

KUALA PERLIS, 4 Februari – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyalurkan sumbangan berjumlah lebih RM20,000 kepada 60 asnaf bersempena Program Konvoi Gemilang 60 Tahun MARA.

RINGKASAN BERITA AI
  • MARA menyalurkan sumbangan lebih RM20,000 kepada 60 asnaf sempena Konvoi Gemilang 60 Tahun.
  • Sumbangan termasuk bantuan tunai, kotak makanan, pembaikan rumah dan sokongan pendidikan tinggi.
  • Program menyerlahkan komitmen MARA dalam pembangunan pendidikan, keusahawanan dan sosioekonomi bumiputera.
  • Konvoi disertai 270 peserta, melibatkan RCB, Yayasan Pelajaran MARA serta jabatan persekutuan dan negeri.

Sumbangan berkenaan meliputi bantuan tunai dan kotak makanan kepada asnaf, pembaikan rumah, persekolahan, pelajar asnaf yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan sumbangan kepada anak angkat Rural Capital Berhad.

Program ini menjadi platform strategik untuk menonjolkan komitmen berterusan MARA dalam pembangunan pendidikan,keusahawanan dan sosioekonomi bumiputera di seluruh negara, menurut Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman.

Program ini dapat memberi impak positif yang berterusan kepada komuniti setempat serta menjadi simbol kejayaan dan kecemerlangan MARA dalam melaksanakan agenda pembangunan sosioekonomi negara.

“Moga-moga apa yang dilaksanakan ini akan dapat memberi sedikit keceriaan kepada mereka yang memerlukan. Bagi pihak MARA, kami menjunjung kasih atas kesudian Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis kerana berkenan menghadiri program ini,” katanya.

Beliau ditemui media pada pada Program Konvoi Gemilang 60 Tahun Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda kedua Baginda, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Program tersebut disertai seramai 270 peserta, bermula di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, singgah di lima hentian iaitu di dua buah rumah asnaf, inap desa The Mamawan Stay, pusat usahawan Haquetta Sdn Bhd dan Arked MARA Kangar.

Konvoi turut melibatkan subsidiari MARA iaitu Rural Capital Berhad (RCB) dan Yayasan Pelajaran MARA serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri dan institusi pengajian tinggi.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan