Lelaki warga emas lemas jatuh dalam parit

FOTO HIASAN

IPOH, 2 Februari – Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas di dalam parit di Pekan Sungai Dulang dekat Hutan Melintang hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lelaki warga emas ditemui lemas dalam parit di Pekan Sungai Dulang, Hutan Melintang.
  • Panggilan kecemasan diterima pada 9.42 pagi dan operasi disahut oleh JBPM Perak.
  • Orang awam membantu membawa mangsa ke tepi parit sebelum ketibaan bomba.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia oleh KKM, kes diserahkan kepada polis; operasi tamat 10.46 pagi.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 9.42 pagi.

“Lelaki berusia 83 tahun itu dipercayai terjatuh sebelum lemas di dalam parit berkenaan. Sebaik bomba tiba, mangsa telah dibawa ke tepi parit oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan meningga dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi menyelamat, katanya tamat sepenuhnya pada 10.46 pagi.- BERNAMA

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan