
BATU PAHAT, 31 Januari -Sebanyak 47 buah motosikal dan skuter elektrik disita dalam Op Motosikal Khas yang dijalankan di sekitar Batu Pahat, semalam.
RINGKASAN BERITA AI
- 47 motosikal dan skuter elektrik disita dalam Op Motosikal Khas di Batu Pahat.
- Kesemua kenderaan dipercayai ditunggang oleh warga asing melakukan pelbagai kesalahan.
- Seramai 20 warga asing ditahan dan majikan mereka dipanggil ke balai polis.
- 50 saman dikeluarkan serta tindakan diambil mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kesemua kenderaan tersebut dipercayai ditunggang oleh warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan, termasuk menunggang tanpa lesen memandu yang sah.
Polis Daerah Batu Pahat dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 20 warga asing turut ditahan menerusi opersasi itu.
“Operasi dijalankan di Jalan Kluang-Batu Pahat, turut mengeluarkan 50 keping saman serta merta, atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” menurut kenyataan itu.
Majikan sah kepada warga asing terbabit, telah dipanggil ke balai polis bagi tindakan lanjut.
Tindakan diambil mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.