
ZURICH, 6 Januari– Syarikat gergasi makanan Switzerland, Nestlé pada Isnin mengumumkan penarikan balik beberapa kelompok susu formula bayi di beberapa negara Eropah, termasuk Perancis, Jerman, Austria, Denmark, Itali dan Sweden, sebagai langkah berjaga-jaga.
- Nestlé umum penarikan balik beberapa kelompok susu formula bayi di pelbagai negara Eropah sebagai langkah berjaga-jaga.
- Isu kualiti dikesan pada bahan ramuan daripada salah satu pembekal utama syarikat.
- Tiada kes penyakit disahkan setakat ini, namun siasatan lanjut menemui kemungkinan kehadiran toksin cereulide.
- Nestlé bekerjasama dengan pihak berkuasa dan menyediakan arahan pemulangan serta bayaran balik kepada pengguna.
Nestlé memaklumkan pihaknya mengesan isu kualiti melibatkan bahan ramuan daripada salah satu pembekal utama.
Namun, tiada kes penyakit disahkan berkaitan dengan produk terlibat, setakat ini.
Syarikat itu berkata ujian telah dijalankan terhadap minyak asid arakidonik serta campuran minyak yang digunakan dalam pengeluaran produk pemakanan bayi yang berpotensi terjejas.
Sementara itu, Nestlé Perancis melaksanakan penarikan balik secara sukarela dan pencegahan terhadap beberapa kelompok susu formula jenama Guigoz dan Nidal selepas siasatan lanjut menunjukkan kemungkinan kehadiran cereulide, sejenis toksin yang boleh menyebabkan masalah pencernaan.
Nestlé turut memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan, selain menyediakan maklumat nombor kelompok produk terjejas serta arahan pemulangan dan bayaran balik kepada pengguna. -AFP