Letupan kilang keluli di Inner Mongolia ragut dua nyawa

Tangkap layar video tular di media sosial menunjukkan kepulan asap menjulang ke udara susulan letupan yang berlaku / REUTERS

BAOTOU, 19 Januari -Sekurang-kurangnya dua orang maut dalam satu letupan di sebuah kilang plat keluli di wilayah Inner Mongolia, China, pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua orang maut dalam letupan di kilang plat keluli di Inner Mongolia.
  • Lima individu masih hilang, 66 cedera, tiga dalam keadaan kritikal.
  • Beberapa bangunan berhampiran rosak termasuk tingkap pecah akibat impak letupan.
  • Pihak berkuasa dan pasukan penyelamat dikerah; punca kejadian dalam siasatan.

Rakaman saksi kejadian yang tular di media sosial menunjukkan kepulan asap tebal menjulang tinggi ke udara.

Beberapa bangunan berhampiran turut mengalami kerosakan termasuk tingkap pecah akibat impak letupan.

Menurut laporan penyiar rasmi China, CCTV, kejadian berlaku sekitar pukul 3 petang di sebuah loji milik Inner Mongolia Baotou Steel Union.

Selain dua korban, lima individu dilaporkan masih hilang, manakala 66 mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Daripada jumlah itu, tiga mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Pihak berkuasa tempatan segera mengerahkan pasukan penyelamat dan bomba ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Timbalan Datuk Bandar Baotou dalam satu sidang media mengesahkan insiden letupan itu, namun punca kejadian masih dalam siasatan. -REUTERS